Sunday 22 January 2017

Lagu Yang Ditujukan Kepada Arwah Tok Nan Diangkat Sebagai Juara Lagu



Lagu Lelaki Teragung nyanyian penyanyi mempunyai vokal yang mantap, Dayang Nurfaizah diangkat oleh juri sebagai   juara lagu untuk edisi kali ini. 

Lagu tersebut turut didedikasikan kepada Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir beberapa minggu sebelum Anugerah Juara Lagu bermula.

Dayang Nurfaizah merupakan anak jati Bumi Kenyalang begitu menghayati setiap bait lirik ketika mempersembahkan lagu tersebut.

Sebelum ini lagu tersebut turut dipilih sebagai OST drama yang menjadi fenomena peminat drama jam 7 malam iaitu 7 Hari Mencintaiku.


Senarai Penuh Kedudukan Pemenang AJL kali ini

Juara: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)

Naib Juara:  Terimaku Seadanya ( Misha Omar dan Hafiz Suip)

Tempat Ketiga: Sudahku Tahu ( Projector Band)

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik: Hang Pi Mana ( Khalifah Band)


EmoticonEmoticon