Friday 4 November 2016

Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia



Innalillah wa inna ilaihi rojiun. Allahummaghfir laha warhamha wa'afiha wa'fu anha.

DATIN Hasimah Mat Ehsan, 64, isteri kepada pelakon veteran dan pengacara terkenal Datuk Jalaluddin Hassan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini awal hari ini.

Jalaluddin ketika dihubungi Bernama di sini berkata, isterinya dimasukkan ke hospital berkenaan Rabu lepas.

"Allahyarhamah meninggal dunia kira-kira 3 pagi tadi. Sebelum ini isteri saya kerap menerima rawatan susulan berkaitan pemeriksaan jantung di Hospital Ampang berikutan masalah paru-paru dan kencing manis yang dihidapi sejak Aidilfitri lepas," katanya.



Jalaluddin berkata, Allahyarhamah isterinya menyuarakan rasa takut untuk menjalani pembedahan kali pertama itu pada pagi Jumaat dan sempat berpesan kepada keluarganya dan anak-anak sehari sebelum dimasukkan ke wad pembedahan.

"Pesanannya kali terakhir dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada anak-anaknya supaya hidup sentiasa dalam bersatu dan jangan tinggal solat.    

"Sebelum masuk wad pembedahan semalam, arwah sempat menunaikan solat sunat sebelum masuk waktu Subuh," kata Jalaluddin.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan itu dikurniakan lapan cahaya mata, seorang lelaki, tujuh perempuan dan 14 cucu. - Bernama

Semoga Datuk Jalaluddin Hassan tabah menerima ujian dan dugaan ini




EmoticonEmoticon